SEJARAH SEKOLAH
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Bangunan pejabat sekolah
| |||||||||||||||||||||||||||||||
Mula ditubuhkan dalam tahun 1974 dan di kategorikan dalam jenis sekolah sebelum kemerdekaan. Pada masa itu hanya 2 orang guru yang bertugas dan menumpang di Bangunan Balai Polis yang tidak digunakan. Apabila jumlah murid bertambah dan jumlah guru dari 2 orang kepada 4 orang, Bangunan Balai Polis yang tinggal tidak dapat lagi menampung murid yang bertambah ramai maka pada tahun 1954 hingga 1966, menumpang pula di bangunan Rumah Guru. Murid-murid SK Pasir Gudang kebanyakkannya terdiri dari anak-anak nelayan yang tinggal di Kampung Pasir Gudang. Kemudian dalam tahun 1972 penduduk Kampung Pasir Gudang dipindahkan ke Kampung Pasir Gudang Baru.Semua kawasan Pasir Gudang dijadikan kawasan Perindustrian Limbungan Kapal(MSE) Malaysia Shipyard Engineering yang telah bertukar nama kepada MMHE Malaysia Marine dan Heavy Engineering pada tahun 2005. Dalam tahun 1976, tapak sekolah yang disebelah kawasan MSE telah diambil alih oleh LLN( Lembaga Letrik Negara) kini TNB ( Tenaga Nasional Berhad ) untuk membina Stesen Janakuasa Elektrik Sultan Iskandar. Sekolah mendapat bangunan sementara di Blok 36, rumah S.E.D.C Pasir Gudang. Dalam bulan Oktober 1977 , angin kencang melanda bangunan sekolah.Sebahagian daripada bumbung bangunan sekolah rosak. Dalam tahun 1980, sekolah berpindah ke bangunan baru yang hanya ada satu blok sahaja.Tahun 1984 sekolah berpecah kepada 3 bangunan berlainan tempat dan dinamakan SK Pasir Gudang (1),SK pasir Gudang (2) dan SK Pasir Gudang (3).Pada bulan Disember 1980 sekali lagi bumbung sekolah ditiup angin.Kerosakan hanya melibatkan satu kelas sahaja. Sekolah dinaikkan taraf kepada Gred A mulai 1 Januari 1989.Dalam tahun ini juga sekolah mendapat Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Luar Bandar.dalam pada itu juga, sekolah telah dilawati oleh guru-guru dari negara Jepun.Sebuah bas terdiri daripada 30 orang guru dari Negara Jepun dan guru-guru dari daerah Segamat datang melawat ke sekolah ini. Sekolah ini juga telah meraih kejayaan dalam beberapa aktiviti di peringkat zon , daerah dan negeri.Antaranya Sayembara Bahasa Melayu, Pertandingan Bercerita Tahap Dua,Johan di peringkat zon dan tempat ketiga di peringkat daerah. Jerayawara Sains dan teknologi, Sketsa Sains Tahap Dua naib johan, BBM Berkomputer dan BBM Model naib johan dan johan dalam Pertandingan Bilik Sains di Peringkat zon dan daerah. Dalam bidang sukan pula berjaya meraih Johan dalam Pertandingan Bola Sepak (Tunas) MSSM Negeri Johor bawah 11 tahun anjuran Danone dengan mewakili negeri Johor ke Pertandingan di Kuala Lumpur.Sekiranya berjaya menjadi johan boleh melayakkan skuad bola sepak ini ke Perancis malangnya Johor hanya mendapat tempat ketiga.Nemaun begitu, seorang pelajar kita bernama Gusti Ishak B. Said berjaya menjadi penjaring terbanyak dalam kejohanan itu. Di dalam Pertandingan Pencak Silat pula sekolah telah berjaya melahirkan ahli-ahli silat yang berjaya hingga mewakili ke peringkat negeri. Dalam pertandingan Perarakan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang.SK Pasir Gudang (1) telah 8 kali menjadi Johan kategori sekolah dan sekali naib johan. | |||||||||||||||||||||||||||||||
![]() | ![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||
Bangunan kantin sekolah | Bangunan Perpustakaan sekolah | ||||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
Mula | ![]() |
![]() |